GARAM BULUH





100% garam buluh organik diformulasi berasaskan remedi tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun. Garam laut dimasukkan ke dalam buluh berusia 3 tahun dan ditutupi tanah liat yang diperoleh dari kedalaman 20m.
Kemudian, buluh tersebut dibakar berulangan dalam relau bagas pada suhu 1000-1500°C dengan menggunakan pokok pine. Kaedah pemprosesan yang unik ini telah menghasilkan Hai-O Garam Buluh Premier Drink yang:
  • tinggi dalam MAGNESIUM untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium
  • mengekalkan keseimbangan nutrien badan
  • memperkuatkan metabolisme

Kebaikan Kesihatan Yang Mudah & Cepat
Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Food membekalkan kebaikan garam buluh semulajadi dalam bentuk kapsul. 100% garam buluh organik diformulasi berasaskan remedi tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun. Garam laut dimasukkan ke dalam buluh berusia 3 tahun dan ditutupi tanah liat yang diperoleh dari kedalaman 20 meter.

Kemudian, buluh tersebut dibakar berulang kali dalam relau bagas pada suhu 1000-1500ÂșC dengan menggunakan pokok pine.Proses pembakaran berulangan pada suhu tinggi dapat menyingkirkan toksin dan logam berat garam laut. Pada masa yang sama, garam laut menyerap semua elemen mikro daripada buluh, tanah liat dan pokok pine.

Setiap kapsul menggabungkan kebaikan pelbagai mineral dan elemen mikro seperti kalsium, kalium dan sebagainya. Ia terutamanya tinggi dalam magnesium.

Garam buluh yang bersifat alkali dapat membantu mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menjaga kesihatan tubuh yang menyeluruh.

Hai-O Garam Buluh:
  • kaya dengan bahan mineral dan elimen mikro - magnesium, kalsium dan kalium
  • Tinggi dalam magnesium yang merupakan mineral untuk jantung. Magnesium membantu mengawal penyakit tekanan darah tinggi, membantu penyerapan kalsium,mengekalkan keseimbangan bendalir badan, mengawal pengecutan otot dan menguatkan daya ingatan.
  • menyeimbangkan nilai pH badan supaya cenderung beralkali lemah (pH darah badan yang sihat adalah antara 7.35-7.45). Dengan ini, sistem imunisasi diperkuatkan dan dapat mencegah jangkitan penyakit.
  • mempunyai anti pengoksidaan yang tinggi
  • mengekalkan keseimbangan ion badan
  • meneutralkan toksin dan menyahtoksin dengan cepat
  • mengekalkan keseimbangan nutrien badan, memperkuatkan metabolisme
  • 3 kali ganda lebih efektif dari garam biasa untuk membasmi kuman dan mencegah kerosakan gigi

Cara Pengambilan: 2 kali sehari, 2-3 kapsul setiap kali.